Panik Troli Penuh Barang Tertukar, Rupanya Ini Taktik Licik Pencuri Di Pasaraya
Sudah jatuh ditimpa tangga! Hasrat seorang wanita berbelanja di sebuah pasaraya terbantut apabila dirinya menjadi mangsa ‘tukar troli’ oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Modus operandi pencuri terbabit memang licik. Mangsa akan diperhatikan gerak geri sebelum mereka menukar troli yang penuh berisi barang yang sudah dibeli tatkala mangsa terleka.
Tertukar troli?
Saya nak share satu kejadian yang berlaku pd saya di KIP Mart Masai mggu lepas. Peristiwa ini saya harap dapat menjadi iktibar pada semua. Semoga anda semua lebih berhati2 ketika berbelanja di sana. Pukul 6 ptg saya tiba di kip mart. Parking di bhgian pasar basah. Terus beli ikan n barang2 dapur. Kemudian sya beli buah2an 6-7 jenis untuk buat gubahan hantaran majlis kawin adik saya pd esok harinya iaitu 28hb Mei. Lenguh jg berdiri pilih buah yg besar2 dan molek2, maklum la utk hantaran kan.
Lepas tu terus pegi bhgian pakaian. Dah byk gerai2 jual baju raya. So dari 1 kedai ke 1 kedai cari baju melyu utk anak lelaki nk khatam Quran pd mlm jumaat 27hb Mei. Dapat baju melayu terus beli instant shawl utk anak2 perempuan yg nk khatam sekali. Dlm RM200 saya habis aritu. Nk balik tu saya pegi food court beli bungkus mkanan utk mkn mlm anak2. Otw nk ke parking adik saya whataapp mak pesan beli daun salad utk jamuan mkn beradap.
So saya trus pegi bhgian sayur. Saya berhenti kt 1 kedai sayur tu, depan kedai2 jual ikan. Sebaris gerai2 jual buah. Dekat la ngan pintu kluar. Saya letak troli kt blkg saya pastu terus belek daun salad nk tgk fresh lg ke tak. Tak smpai seminit tgk, tak jd nk beli. Saya pusing blkg dan tolak troli saya. Baru 2-3 langkah saya tgk dlm troli tu bukn brg2 saya. Ada syur brplastik2 dan ikan kembung je.
Dah banyak kes
Saya dh panik tgk sekeliling cari mna troli saya. Mmg tkde pun kt situ. Saya berlari2 ank dlm kip mart tu nk cari kot2 ada org trsalah ambik troli. Pergi kaunter DJ takde org. Tanya ngn org2 kt situ semua tk nmpk. Akhirnya redha je la dgn linangan air mata. Tak tahu nk cari kt mna lg. Fikiran dh buntu, saya fikir nk blk je. Baru tringat kucing2 kt rumh. Ikan 3kg dlm troli tu dh lesap jg. Saya pusing blk gi gerai ikan. Budak2 gerai tu tnya
“kak, bukan ke akak dah beli ikan td. Ni akak yg nk blk segamat kn? Dah knpa akak nangis2 ni?”
Dengan sebak saya cerita kt diaorg apa yg berlaku. Rupa2nya diaorg bgtau dh byk kes hilang troli kt kipmart tu. Ada yg dh belanja beratus2 ringgit, dh penuh 1 troli tiba2 hilang org larikn. Semua kejadian tu berlaku kt kedai2 sayur je. Pencuri tu akan standby 1 troli lain utk ganti ngn troli kita. Klau kita perasan dia ambil troli kita, nanti dia cakap “maaf salah ambik troli” sebenarnya mmg niat diaorg nk curi troli tu. Pencuri tu dtg kipmart mcm kita juga kononnya nk berbelnja. Tp dia akan perhatikn gerak geri mangsanya. Mereka bukan sorg. Katanya dh mcm ada sindiket curi troli kt situ.
So saya share cerita ni supaya semua tahu tentang kewujudan sindiket curi troli tu. Semoga kita semua lebih berhati2 bila berbelanja di kipmart. Pastikn ada yg jaga troli anda setiap masa. Jangan bagi peluang pada sindiket tu. Dah ramai yg mengalami kerugian…ambillah iktibar dr kejadian ini. War2kan la pd shabat handai dan kluarga anda. Apa2 pun sya redha mmg bukan rezeki kami sekluarga. hari tu sya blk dgn ikan 3kg je… sya yakin Allah akan gantikn dengan yg lebih baik lg. Alhamdulillah ternyata janji Allah itu pasti.
Sumber : Rose Jumat
Sumber : OhBulan!