Risau Kena Bagi Duit Raya? Ini 9 Nasihat Paling Win Korang Kena Baca - OHBULAN!


Setiap kali masuk bulan Syawal, mesti ramai antara korang yang tak terlepas dari isu duit raya. Lagi-lagi yang dah bekerja. So, sumbangan ‘duit raya’ sangat dinanti-nantikan oleh semua orang tak kira yang tua ataupun muda.
Masalahnya, ada jugak yang jenis suka pertikai soal duit raya. Kenapa bagi sikitlah, kenapa tak bagi kat semua oranglah, kenapa takde sampul lah. Haish, macam-macam! Kat sini kami kongsikan beberapa tips berkenaan duit raya daripada brader Azizul ni.

Selesaikan dulu hutang


DUIT RAYA INI
1. Jika anda masih banyak hutang, lupakan dulu sumbangan duit raya untuk anak saudara.
2. Jika hujah anda bahawa ianya sedekah dan akan gandakan pahala dan rezeki anda.
Selesaikan dulu hutang anda, ia lebih utama.
Ada betulnya jugak ni. Zaman sekarang orang suka sangat berhutang sebab nak nampak ‘mampu dan mewah’. Padahal penyakit sebeginilah yang buat kita jadi sengsara sebenarnya. Bukan tak boleh berhutang, tapi janganlah berhutang kerana nak cover malu. Kan?

Takut dan malu sebenarnya


3. Jika anda ingin sedekah juga, cari sumber yang benar benar perlukan sumbangan anda.
4. Golongan miskin dan asnaf yang benar benar perlu, bukan anak saudara yang ibubapanya bergaya mengalah nelofa dan fazura
5. Saya khuatir anda takut atau malu sebenarnya,
” takkan duit raya pun takde”
“Sikit jer…, pakai kereta Honda”
“Duduk Key Ell takkan RM5 jer”
“Kerja pensyarah, takkan bagi RM10 jer”
Kami pun setuju bab ni. Asal kerja di KL je, mesti orang kata duit banyak. Helo! Kami yang kerja di kota besar nilah yang miskin rasanya. Gaji ciput, barangan mahal, sewa rumah pun melambung tinggi, So, jangan fikir orang yang kerja di KL ni kaya-raya semuanya, tau! Ada masa ikat perut jugak, geng…

Sedekah bukan hanya tunggu raya je


6. Anda lebih utamakan budaya daripada ilmu. Sedekahkan dulu untuk tabungan pengajian anak anda atau tingkatkan sumbangan ibubapa.
7. Jangan malu tiada duit raya, malu kalau hutang tv, hutang kawan dan hutang mak belum habis bayarnya.
8. Lebih malu jika baju raya hutang kad kredit nilainya berganda.
9. Sedekah bukan hanya tunggu raya ia amalan sepanjang masa. Bulan Ramadan lebih mulia.
Sedekah bukannya amalan bermusim. Boleh buat anytime, anywhere. Semuanya bergantung kepada kita juga.
So, raya kali ni korang kena tengok betul-betul bajet korang. Jangan sampai nak bermegah, tapi lepas raya korang tanggung hutang. Beri duit raya tu bukan sunnah, tapi ianya amalan masyarakat je. Kalau nak bagi, ikutlah pada kemampuan masing-masing.